Tuesday, August 11, 2009

Barah Merbahya Cancers Dangerous













TANDA TANDA KANSER



Kanser Kulit









JANGKITAN KANSER




Maklumat untuk pesakit kanser

Laman : TENTANG TERJADINYA PENYAKIT KANSER
Apakah Kanser ?
Kanser adalah sejenis penyakit di mana salah
satu jenis sel-sel di dalam badan seseorang yang bertukar
ciri-ciri fizikal dan fungsi sehingga iannya diluar kawalan badan seseorang.
Apabila ini berlaku sel-sel ini akan membiak
dan jika sekiranya badan seseorang tidak dapat memusnahkannya,
sel-sel ini akan membentuk ketulan atau benjolan.
Sel-sel kanser ini juga boleh merebak
ke tempat lain melalui salur limfa dan juga saluran darah.
Apakah Punca-Punca Berlakunya Kanser ?
Terdapat banyak punca berlakunya kanser.
Sesuatu sel boleh bertukar menjadi sel kanser jika faktor-faktor luaran
dan dalaman seseorang itu berinteraksi dan
merencat sejenis protin yang dinamakan
Protin Perencat Kanser ataupun
"Tumour suppressor protein".
Kanser yang berbeza mempunyai punca
luaran yang berlainan.
Contohnya
kanser serviks,
kanser serviks disebabkan oleh jangkitan
sejenis virus yang dinamakan
Human Papilloma Virus (HPV).

Jangkitan virus ini sahaja tidak boleh
menyebabkan kanser sebaliknya
jika sistem pertahanan badan wanita lemah
dan kebetulan mereka juga mempunyai
faktor keturunan menghidap kanser yang sama.
Amalan-amalan tertentu boleh juga menyumbang
kepada berlakunya kanser seperti
merokok serta mempunyai pasangan seks yang ramai.
Di antara penyebab2 lain berlakunya kanser
adalah merokok (kanser paru-paru),

jangkitan virus hepatitis B&C (kanser hati),
jangkitan bakteria H.pylori (kanser perut),

pendedahan kepada radiasi, bahan-bahan kimia

di dalam makanan serta persekitaran,
kelebihan hormon tertentu di dalam badan,
pendedahan kepada cahaya matahari yang
berpanjangan dan lain-lain.
Tidak kurang juga kanser-kanser
yang tidak diketahui penyebabnya
dan ini mungkin diluar kemampuan
ilmu pengetahuan manusia.
Bagaimana Kanser Dikesan ?
Banyak kanser yang terjadi secara senyap
dan hanya dikesan setelah ianya menunjukkan
tanda-tanda seperti benjolan,
pendarahan, perubahan kulit,
bengkak dan sebagainya.
Tidak kurang juga kanser yang
hanya dikesan setelah berada pada peringkat lewat.
Setiap individu perlu mengesan
kelainan yang berlaku pada diri mereka
dan mengambil tindakan segera
mengenalpasti punca kelainan tersebut.
Bagi kanser wanita, di antara tanda-tanda
serta gejala-gejala yang boleh memberi indikasi
menghidap kanser adalah pendarahan faraj
yang tidak menentu dan panjang, perut yang membuncit,
keluar lendir campur darah dari kemaluan,
pendarahan selepas hubungan seks,
hilang selera makan dan penurunan
berat badan yang mendadak.
Bagaimana Kanser disahkan ?
Kanser disahkan melalui ujian biopsi
iaitu cubitan dari ketumbuhan.
Cubitan ini akan dihantar ke makmal patologi
untuk pemeriksaan Pakar Patologi.
Sebahagian jenis kanser disahkan setelah
membuat pembedahan seperti pembedahan
mengeluarkan rahim dan ovari.
Ada juga kanser yang disahkan melalui
ujian biopsi sum-sum tulang.
Apakah kesan dari menghidap kanser ?
Kesan akibat menghidap kanser sebenarnya
adalah lebih besar dari apa yang sebahagian
masyarakat sangkakan. Ianya boleh
dibahagikan kepada 3 kesan utama :
a. Kesan Fizikal
b. Kesan Psikologikal dan Seksual
c. Kesan Sosial
Semua kesan-kesan ini akan membebankan
bukan sahaja pesakit tetapi ahli keluarga,
masyarakat malah sesebuah negara
kerana kos rawatan kanser adalah sangat mahal.
Bolehkah Kanser Dicegah ?
Sepertiga dari kanser yang
dihidapi oleh manusia boleh dicegah.
Setiap individu perlu mengetahui
bagaimana mencegah penyakit kanser.
Di antara kaedah-kaedah pencegahan adalah :
a. Amalan hidup sihat,
kurang pengambilan lemak
, dapatkan berat badan yang ideal,
tidak merokok, tidak minum minuman
beralkohol , tidak mengamalkan
hubungan seks rambang dan lain-lain.
b. Melakukan ujian pap smear untuk
mencegah kanser serviks.
c. Melakukan pemeriksaan sendiri payudara
dan ujian Mamogram
(untuk golongan usia tertentu)
untuk mencegah dan mengesan
peringkat awal kanser payudara
d. Pembedahan mengeluarkan
organ-organ yang berisiko sangat tinggi untuk
menghidap kanser
seperti kelenjar ovarike atas
wanita yang mempunyai
keturunan penyakit kanser ovari.
e. Merawat prakanser
iaitu peringkat sebelum terjadinya kanser.
Apakah Kaedah Rawatan Kanser ?
Kanser boleh dirawat dengan salah
satu ataupun kombinasi
dari rawatan-rawatan berikut :
a. Rawatan Pembedahan
b. Rawatan Kemoterapi
c. Rawatan Radioterapi
d. Rawatan Hormon
e. Kombinasi dari rawatan di atas
Adakah kanser boleh berulang selepas rawatan ?
Ya ! Kanser adalah sejenis penyakit
yang boleh berulang walaupun sudah dirawat.
Kadar kejadian kanser yang berulang
adalah bergantung kepada jenis kanser,
peringkat kanser, kekuatan badan penghidap
kanser,samada rawatan yang diberikan
mencukupi dan terdapat juga
kajian menunjukkan bahawa
individu yang mempunyai kekuatan
dalaman, bersikap positif serta
emosi yang stabil dapat melawan
kanser dengan lebih berkesan dan
mempunyai kadar
penyembuhan yang lebih baik.

Apakah terapi biologi
( Biological Therapy) untuk penyakit kanser?

Di samping ubat sitotoksik
yang digunakan di dalam rawata
n kemoterapi, terdapat satu lagi golongan
ubat-ubatan antikanser yang
dinamakan terapi biologi ( Biological Therapy : BT),
BT adalah kaedah dimana
ubat-ubatan tersebut
mempunyai kebolehan
untuk menyerang sel kanser secara spesifik
tanpa memberi kesan samping kepada sel-sel badan
yang normal. BT akan memanipulasikan sistem
imun badan untuk bertindak ke atas sel kanser.
Contoh kategori ubat di dalam
BT adalah monoklonal antibodi
yang dihasilkan khusus untuk
menyerang bahagian2
tertentu sel kanser.
Salah satu monoklonal antibodi
yang digunakan adalah
Trastuzumab ataupun
Herceptin yang diberikan kepada
penghidap kanser payudara. Ianya adalah monoklonal
antibodi yang menyerang protin HER 2 yang
"overexpressed" di permukaan
sel kanser payudara.
Akibat halangan ke atas protin HER 2 ini
, maka berlaku gangguan signal kepada sel kanser
untuk membiak. Ianya diberikan bersama ubat sitotoksik
untuk kes-kes tertentu sahaja. Ubat antikanser lain
yang dikategorikan sebagai BT ini adalah Avastin
( Buvacizumab) yang merencat protin
peransang angiogenesis. Ianya digunakan
di dalam kes lewat kanser usus
dan kanser paru-paru.
Ubat2 di dalam kategori BT ini masih
baru dan hanya dapat
diberikan kepada pesakit2 tertentu sahaja.

Untuk mendapatkan
maklumat yang lebih lengkap
mengenai Kanser seperti yang dibincangkan
di atas sila dapatkan
Buku Kanser Wanita : Pencegahan dan Rawatan
dengan melayari laman web di bawah.
Buku ini memperkatakan secara
mendalam kaedah-kaedah rawatan kanser
dan bagaimana pesakit serta ahli keluarga
dapat menanganinya.

























No comments:

Post a Comment